BLOG PEMBELAJARAN NPDL (KEBUDAYAAN KEBANGSAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN)
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN MASYARAKAT DISEDIAKAN OLEH: CHOONG YEN WUN PRAKATA Blog ini disediakan untuk mengkaji tugasan kedua NPDL iaitu kebudayaan kebangsaan sebagai alat perpaduan dalam masyarakat Malaysia. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), budaya didefinisikan sebagai kemajuan fikiran, akal budi, kelakuan dan sebagainya. Ralph L. Beals dan Harry Hoijer (1956) dalam buku An Introduction To Antropology mendefinisikan kebudayaan sebagai mengenal pasti kelakuan yang biasa dipraktikkan dan diperolehi melalui pembelajaran oleh sesuatu kumpulan masyarakat. Menurut Edward B. Taylor (2016) dalam bukunya Primative Culture, kebudayaan ialah satu keseluruhan sistem yang kompleks dan di dalamnya terkandung unsur-unsur pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang dan adat istiadat. Kebangsaan pula bermaksud suatu perasaan atau semangat cinta dan taat setia yang mendalam t...